Berbagai Mimpi Bocoran Masa Depan MQ Jadi Kenyataan


Senarai Mimpi Muhammad Qasim Yang Menjadi Kenyataan.*


*1.Mimpi Tahun 2015 - Pandemik Covid 19 & Tercetusnya Panik*


Fakta: 

*12 Mac 2020* - WHO umumkan Covid 19 sebagai pandemik.


*2.Mimpi April Tahun 2015 -  Kehebatan Tentera Pakistan MengalahkanTeoriris*


Fakta: 

*27 Ogos 2020* - ISIS gagal Hadir di Pakistan.


*8 Januari 2021* - Pakistan meyumbang dengan signifikan menentang Teroris


*31 Ogos 2021* - Pakistan telah membunuh 11 militant dalam serbuan.


*21 April 2022* - Perdana Menteri Pakistan mengatakan Pakistan berjaya mengalahkan Teroris


*3.Mimpi 10 April 2015 - Ulama bertemu Muhammad Qasim.*


Fakta:

*15 Februari 2022* - Maulana Abu Askar bertemu Muhammad Qasim untuk bertabayyun.


*4.Mimpi 22 Ogos 2015 - USA cipta Teroris untuk jual senjata dan bunuh muslim.*


Fakta:

*30 Oktober 2015* - Obama hantar pasukan khas dalam konflik Syria.


*25 Mei 2017* - Rusia dedahkan penjualan senjata Amerika kepada pengganas.


*31 Julai 2018* - 8 Ribu rakyat syria diseksa sehingga mati.


*5.Mimpi 23 Jun 2016 - Penundaan azab sudah berakhir.*


Fakta: 

*28 Januari 2022* - JAIS: Usah terlibat dengan ajaran mimpi Muhammad Qasim.


*26 Februari 2022* - Banjir tidak pernah berlaku bulan Februari.


*28 Februari 2022* - Penduduk terkejut banjir bulan Februari.


*27 Januari 2022* - Terengganu pantau ajaran mimpi lelaki Pakistan.


*27 Februari 2022* - Banjir Terengganu.


*6.Mimpi 7 Februari 2017 - Israel bina kuil di Palestin.*


Fakta:

*20 Disember 2017* - Israel resmikan kuil baru di kompleks masjid al-Aqsa.


*7.Mimpi 7 Februari 2017 - Israel membangun di tanah Palestin.*


Fakta: 

*6 Disember 2017* - Donald Trump mengumumkan Jerusalem ibu kota Israel.


*8.Mimpi 16 Februari 2017 - Hubungan Amerika, Israel dan India.*


Fakta:

*23 Mei 2017* - Donald Trump disambut kedatangan oleh PM Israel Benjamin Netanyahu.


*4 Julai 2017* - Narendra Modi adalah Perdana Menteri India yang pertama kunjungi Israel.


*29 Januari 2022* - Perdana Menteri India menyatakan hubungan India-Israel sangat kuat.


*9.Mimpi 16 Februari 2017 - Serangan terbuka India terhadap Muslim.*


Fakta:

*6 Ogos 2019* - India mencabut status daerah istimewa Kashmir dianggap kontroversi.


*29 Februari 2020* - Polisi India serang Muslim India.


*2 Mac 2020* - Kejahatan radikal Hindu di India menyerang Muslim.


*15 April 2022* - Sama seperti Israel, India hancurkan rumah muslim India.


*10.Mimpi 28 Februari 2017 - Ucapan Erdogan untuk membangkit semula Islam.*


Fakta:

*27 Mac 2018* - Ucapan Erdogan untuk mendapatkan semula status-status umat Islam yang hilang.


*16 September 2020* - Erdogan: Sultan empayar uthmaniyah baru?


*11.Mimpi 28 Februari 2017 - Turki bebaskan Syria,*


Fakta:

*7 Oktober 2019* - Tentera Turki dan FSA menawan bandar Afrin.


*7 Oktober 2019* - Lancarkan  operasi ketenteraan, Turki janji tidak biarkan ISIS kembali.


*9 Oktober 2017* - Erdogan: Pasukan Turki lancarkan serangan di Syria untuk mendirikan Zon Aman.


*12.Mimpi 3 Mac 2017 - Hubungan Turki dan Rusia.**


Fakta:

*4 April 2018* - Rusia umum penghantaran awal sistem pertahanan peluru berpandu S-400 ke Turki.


*1 November 2019* - Turki dan Rusia pertama kali patroli bersama di Utara Syria.


*3 Jun 2020* - Rusia, Turki bertempur dengan Pesawat Generasi Ke-5 mengumumkan kesediaan untuk bekerjasama.


*13.Mimpi 3 Mac 2017 - Rancangan menjatuhkan Turki dan bantuan daripada Rusia.*


Fakta: 

*12 Ogos 2018* - Presiden Erdogan menyatakan Turki menjadi sasaran perang ekonomi Amerika dan negara lain.


*15 Ogos 2018* - Rusia melakukan urus niaga perdagangan dengan Turki tanpa menggunakan dollar Amerika Syarikat.


*14.Mimpi 19 Mac 2017 - Ranca1ngan jahat Israel terhadap anak-anak Palestin.*


Fakta:

*30 Mac 2018* - Polis Israel tangkap anak-anak Palestin.


*27 Januari 2020* -anak-anak Palestin diculk, dibunuh kejam.


*23 Januari 2022* - Undang-undang baru Israel bolehkan anak-anak Palestin ditangkap 


*15.Mimpi 6 Jun 2017 - Tuduhan Teroris ke atas Pakistan.*


Fakta: 

*2 Januari 2018* Donald Trump menuduh Pakistan negara Teroris


*16.Mimpi 20 Jun 2017 Hilangnya Putera Mahkota Arab Saudi.*


Fakta:

*20 Mei 2018* - Mohammed bin Salman digosipkan meninggal dunia.


*28 Mei 2019* - Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman ditembak tapi selamat


*17.Mimpi 5 Oktober 2017 - Hukuman Allah SWT.*


Fakta:

*2 Oktober 2018* - Likuifikasi: Ketika tanah di Kota Palu dan sekitarnya tiba-tiba tenggelam.


*12 Oktober 2018* - Gempa, Tsunami dan Likuifikasi rangkaian bencana di Palu mirip bala kaum nabi Lut A.S menurut arkeologi Jerman Werner Keller.


*18.Mimpi  21 Disember 2017 - Rancangan Amerika agar India menguasai Pakistan.*


Fakta:

*24 Februari 2020* - Donald Trump tawarkan senjata ketenteraan paling ditakuti kepada India.


*19.Mimpi Oktober 2014 - Ancaman Perang Saudara antara muslim.*


Fakta:

*1 Februari 2019* - Yaman: Perang yang memalukan sesama Muslim.


*24 November 2021* - Perang Yaman meragut nyawa 377,000 menjelang akhir 2021.


*20.Mimpi 26 Mei 2018 - Krisis Dollar dan bahan bakar.*


Fakta:

*9 September 2020* - Pakistan diambang krisis bahan bakar : Imran Khan.


*21.Mimpi 25 Oktober 2018 - Ekonomi tenggelam dan Imran khan.*


Fakta:

*28 Jun 2019* - Mengapa ekonomi Pakistan tenggelam.


*22.Mimpi 27 Oktober 2018 - Imran Khan mengatakan mereka bukan hamba Amerika.*


Fakta:

*7 Mac 2022* - "Apa kamu fikir tentang kami? Adakah kami hamba kamu, apa sahaja yang kamu katakan, kami akan ikut?"


Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengecam utusan Barat yang berpangkalan di Islamabad yang menggesa Pakistan supaya mengecam tindakan Rusia di Ukraine.


*23.Mimpi 27 Ogos 2018 - Kegagalan Imran Khan membuat perubahan.*


Fakta:

*2 April 2022* - 5 Sebab kenapa Imran Khan dan partinya gagal dengan teruk.


*24.Mimpi 27 Ogos 2018 - Pertengkaran mulut antara Amerika dan Imran Khan.*


Fakta:

*29 November 2018* - Pertengkaran Imran Khan dan Donald Trump.


*26.Mimpi 16 Januari 2019 - Kronologi kegagalan pemimpin Pakistan kerana syirik, Asif Ali Zardari membuat perhimpunan besar mengkritik kerajaan kemudian Muhammad Qasim  bicara di stasiun TV.*


Fakta:

*9 Februari 2019* - kami akan perjuangkan hak kami : Zardari.


*29 April 2019* - Muhammad Qasim ditemuramah di stesen TV ROYAL News.


*27.Mimpi 7 November 2019 - Usaha menjatuhkan kerajaan Pakistan.*


Fakta:

*3 April 2022* - Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tuduh Amerika Syarikat dalang disebalik menjatuhkan kerajaan Pakistan.


*28.Mimpi 3 Januari 2020 - Iran serang Amerika*


Fakta:

*8 Januari 2020* - Pangkalan Amerika Syarikat dihujani peluru berpandu Iran.


*13 Januari 2020* - Sekutu Iran menyeru untuk membalas dendam atas kematian Soleimani.


*29.Mimpi 5 Mei 2020 - Kejatuhan ekonomi dunia akibat  Covid 19.*


Fakta:

*8 Jun 2020* - IMF: Covid 19 menjerumuskan ekonomi global ke dalam kemelesetan terburuk sejak perang dunia kedua.


*25 Jun 2020* Covid 19 mengganas, IMF pangkas ekonomi global menjadi minus 4.9%.


*6 Oktober 2021* - IMF : Ekonomi global masih pincang kerana pandemik Covid 19.


*30.Mimpi 29 Julai 2020 - Menurunnya kes covid bukan disebabkan smart lockdown Imran Khan.*


Fakta:

*4 Oktober 2020* - Imran Khan menyatakan penurunan Covid 19 disebabkan cuaca.


*31.Mimpi 6 Jun 2021 - Serangan kumpulan dari Afghanistan terhadap Pakistan disebabkan Pakistan memberi akses Ketenteraan Udara kepada Amerika Syarikat.*


Fakta:

*25 September 2021* - ISIS-K klaim serentetan serangan terhadap Taliban di Jalalabad.


*21 Oktober 2021* - Pakistan tewaskan 3 anggota ISIS dekat sempadan Afghanistan.


*29 Oktober 2021* - Kongres Amerika Syarikat memberitahu bahawa Pakistan memberi akses terhadap pangkalan Udara.


*32.Mimpi 29 November 2021 - Helper Indonesia datang ke Pakistan.*


Fakta:

*11 Februari 2022* - Helper Indonesia datang ke Pakistan bersama rombongan yang ingin bertabayyun.


*Mimpi Orang Beriman Satu Bahagian daripada Tanda Kenabian*


Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:


إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ


Maksudnya: “Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian…”


(Riwayat al-Bukhari 7017)


Daripada Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW juga bersabda:


الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ الرَّجُلِ الصَّالِحِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ


Maksudnya: “Mimpi baik yang berasal dari seorang yang soleh adalah satu bahagian dari 46 juzuk kenabian.”


(Riwayat al-Bukhari 6893)


Ibnu Battal berkata, mimpi ada dua jenis:


1.Mimpi yang jelas-jelas menjadi nyata, seperti seseorang yang bermimpi memberi seseorang kurma, dan pada siang harinya ia memberi seseorang kurma. Mimpi seperti ini tidak memerlukan takwil.


2.Mimpi yang hadir dengan simbol-simbol. Untuk memahami mimpi seperti ini harus ada seseorang yang memiliki ilmu dan pengalaman mentakwil mimpi untuk memahaminya kerana kadang-kadang simbol-simbol itu sangat halus dan rumit. (Rujuk Fath al-Bari, 19/451)


*Sifat Mimpi Yang Benar adalah Mimpi Yang Menjadi Kenyataan*

  

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:


لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلاَّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ


Maksudnya: “Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu).”


(Riwayat Muslim 1102)


Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (19/461) ketika mensyarahkan hadis ini menyertakan bersama sebuah hadis Abu Ya’la daripada Anas bin Malik R.A:


إِنَّ الرِّسَالَة وَالنُّبُوَّة قَدْ اِنْقَطَعَتْ وَلَا نَبِيّ وَلَا رَسُول بَعْدِي وَلَكِنْ بَقِيَتْ الْمُبَشِّرَات قَالُوا : وَمَا الْمُبَشِّرَات؟ قَالَ : رُؤْيَا الْمُسْلِمِينَ جُزْء مِنْ أَجْزَاء النُّبُوَّة


Maksudnya: “Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti. Tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepas-ku, akan tetapi akan kekal al-Mubassyiraat. Para sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?” Jawab Baginda: Mimpi orang muslim satu bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.”


Ibn al-Tiin berkata: “Maksud hadith ini ialah bahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi SAW). Dan tidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya akan APA YANG AKAN BERLAKU melainkan MIMPI.” (Rujuk Fath al-Bari, 19/461)


Oleh itu, berdasarkan nas-nas yang telah dibentangkan, mimpi yang baik dan benar boleh menjadi PEMBAWA BERITA GEMBIRA atau SATU BENTUK PERINGATAN sebagaimana yang telah disebutkan di atas.


*Sifat Jujur Adalah Ciri Orang Yang Mempunyai Mimpi yang Benar*


Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:


وَأَصْدَقُكُمْ رُؤْيَا أَصْدَقُكُمْ حَدِيثًا


Maksudnya: “Orang yang paling benar mimpinya adalah orang yang paling benar lidahnya.”

(Riwayat Muslim 6042)


Imam al-Qurtubi berkata:


الْمُسْلِم الصَّادِق الصَّالِح هُوَ الَّذِي يُنَاسِب حَالُهُ حَالَ الْأَنْبِيَاء فَأُكْرِمَ بِنَوْعٍ مِمَّا أُكْرِمَ بِهِ الْأَنْبِيَاء وَهُوَ الِاطِّلَاع عَلَى الْغَيْب


Maksudnya: “Orang Islam yang jujur dan soleh adalah menyerupai keadaan para nabi. Oleh sebab itu, mereka dianugerahkan sebahagian daripada apa yang diberikan kepada para nabi iaitu melihat alam ghaib.” (Rujuk Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, 19/451)


Imam Malik pernah ditanya: “Bolehkah seseorang itu mentafsirkan mimpi secara sembarangan sahaja?” Beliau menjawab: “Adakah dia hendak bermain-main dengan kenabian? Mimpi itu satu bahagian daripada kenabian. Maka tidak boleh bermain-main dengan kenabian!."


Sekiranya mimpi Muhammad Qasim mimpi yang baik dan benar sehingga menjadi kenyataan maka sudah tentu beliau mempunyai kriteria orang yang beriman dan jujur seperti berdasarkan hadis di atas.


Sekiranya masih menafikan tentang kebenaran mimpi  Muhammd Qasim maka apa penjelasan yang lain boleh menjelaskan kes mimpi Muhammad Qasim yang menjadi kenyataan berdasarkan nas al-Quran dan hadis? Mohon jelaskan.


Pihak yang ahli dan bertanggungjawab perlu tampil dan menjelaskan perkara luar biasa yang berlaku sekarang bersandarkan dalil al-Quran dan hadis rasulullah SAW kerana Muhammad Qasim sendiri telah menghantar kepada tokoh-tokoh agama di seluruh dunia berkenaan mimpi ini untuk dinilai namun sejak dari 2015 masih tidak ada fatwa berkenaan mimpi Muhammad Qasim.


Adakah senyap itu tanda bersetuju atau tanda senyap itu kerana tidak mempedulikan sunatullah mimpi yang benar dan membiarkan orang awam dalam kekeliruan?


Kami sebagai orang awam perlu penjelasan dari golongan ilmuan berkenaan isu ini.


Ada yang berpendapat bahawa mimpi tidak boleh diceritakan kepada umum namun Nabi SAW pula membenarkannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:


“Apabila salah seorang diantara kalian melihat mimpi yang menggembirakannya maka itu berasal dari Allah, maka hendaklah dia memuji Allah kerananya dan menceritakan apa yang dia lihat.


(Shahih Bukhari 6523)


Muhammad Qasim tidak salah untuk menceritakan mimpinya kerana mimpi-mimpinya kategori mimpi yang baik dan benar.


Wallahu a'lam bishowab.


 

Comments